McDonald's Malaysia Hargai Petugas Barisan Hadapan COVID-19
McDonald's Malaysia menaja makanan untuk kira-kira 50 hospital di seluruh negara secara berkala dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). "Ini adalah masa yang mencabar untuk negara, dan kita perlu prihatin dengan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa untuk kita. Kerana jasa bakti mereka, kita mampu mengawal penularan wabak ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
Penajaan makanan oleh McDonald's Malaysia di hospital-hospital ini akan memanfaatkan kira-kira 15,000 petugas kesihatan. Selain hospital, McDonald's Malaysia juga membuat penghantaran makanan secara berkala kepada petugas barisan hadapan lain seperti anggota polis dan tentera di seluruh negara.
#KitaBoleh
McDonald's Malaysia telah memulakan kempen mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu padu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini. Konsep #KitaBoleh yang dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia dalam menghadapi saat-saat sukar ini.
#KitaBoleh juga secara langsung mengetengahkan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terus bertungkus-lumus bekerja ketika rakyat Malaysia duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).
Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, sila lawati www.facebook.com/My.McDonalds/.
Comments