McDonald’s Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia berganding bahu hadapi COVID-19



McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan wang tunai RM250,000 kepada Tabung Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kelengkapan pelindung diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan COVID-19. Penyampaian sumbangan telah diadakan dalam satu majlis ringkas bersama media di ibu pejabat KKM, hari ini.

“Sebagai syarikat korporat yang prihatin, McDonald’s Malaysia ingin turut serta menyumbang kepada usaha-usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini. Kami menyedari pengorbanan para petugas kesihatan yang setiap hari bertungkus-lumus bekerja demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Ini adalah sumbangan kecil kami dalam meringankan beban mereka, pada masa sama menghargai jasa besar mereka kepada negara,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Selain sumbangan bekalan PPE ini, McDonald’s Malaysia turut aktif memberi sumbangan makanan secara berterusan kepada kira-kira 50 hospital utama di seluruh negara, sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh kerajaan. Tajaan makanan ini secara langsung memberi manfaat kepada lebih 43,000 petugas barisan hadapan di seluruh negara, termasuk petugas kesihatan, anggota polis dan tentera.

Comments

Popular posts from this blog

Benefits of Eucheuma Cottonii (a.k.a. Sea Bird Nest)

Request For Review

TABIB CINA CHIN KEE SIONG (Traditional Bone Specialist) & Kedai Kopi Dan Makanan Eng Soon Hong @ HULU LANGAT